Permainan dalam talian baharu yang memaparkan simulasi taktik penipuan (scam) sebenar yang pengguna mengalami dan bantu mereka belajar cara melindungi diri
PETALING JAYA, 30 Jun 2025 – Apa akan anda lakukan sekiranya ditawar pekerjaan bergaji tinggi yang amat menarik? Atau bila seseorang yang tidak pernah anda temui dalam talian tiba-tiba meminta wang? Ini hanyalah beberapa senario berisiko tinggi yang menanti rakyat Malaysia dalam simulasi ‘scam’ interaktif baharu yang dibangunkan oleh CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) dan Malaysiakini.
Simulasi bertajuk Bolehkah anda terlepas dari scam dalam talian? yang diterbitkan dalam portal Kini News Lab, membawa pengguna menyelami lima jenis penipuan dunia nyata — scam pekerjaan, scam pelaburan, scam cinta, scam akaun keldai dan scam panggilan. Ia akan mencabar pengguna untuk berfikir secara kritis, mengenal pasti tanda-tanda amaran dan membuat keputusan di bawah tekanan, seperti yang dialami mangsa dałam kehidupan sebenar.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan CelcomDigi untuk meningkatkan kesedaran penipuan dan keselamatan dalam talian di kalangan rakyat Malaysia dan komitmen membina masyarakat digital yang dipercayai. Melalui kerjasama dengan media, pakar tingkah laku dan pejuang komuniti, syarikat menyampaikan kandungan yang relevan dan mudah diakses kepada pelbagai lapisan masyarakat. Usaha kolektif ini mencerminkan komitmen jangka panjang syarikat dalam mewujudkan masyarakat digital yang lebih celik, waspada dan sabah.
Ketua Kelestarian CelcomDigi Philip Ling berkata, “Walaupun kami memastikan rakyat Malaysia menikmati manfaat kesalinghubungan digital, kami juga sedar bahawa kita menghadapi realiti di mana penipuan dan penyelewengan telah menjadi wabak sosial paling mendesak hari ini. Lebih dari sekadar permainan, pengalaman ini adalah satu amaran untuk diri untuk sentiasa peka dan berjaga-jaga. Orang ramai biasanya berfikir ‘ia tidak akan berlaku kepada saya’ — sehingga ia benar-benar berlaku. Simulasi ini bertujuan mengubah persepsi minda tersebut. Rakyat Malaysia akan belajar bagaimana penipuan sebenarnya berlaku apabila berada dalam situasi mangsa sasaran. Ia akan menguji sejauh mana kita dapat mengesan penipuan dan, yang lebih penting, cara menghadapi dan menghentikannya. Matlamat kami mudah - membantu orang ramai kekal selamat dengan menjadikan kesedaran lebih relevan, mudah diakses dan memberi impak.”
Di samping simulasi, laman kesedaran turut memaparkan kisah-kisah perit sebenar daripada mangsa ‘scam’ dan mereka yang terselamat, memberikan tanda-tanda amaran yang perlu diperhatikan serta langkah-langkah jelas yang perlu diambil apabila berhadapan dengan situasi penipuan.
Rakyat Malaysia boleh menguji pengetahuan scam dan naluri mereka melalui simulasi di sini.
© Copyright 2025 CelcomDigi Berhad [Registration No. 199701009694 (425190-X)]. All Rights Reserved.